Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 29, 2015

[KUANTAN] GESA DAP MOHON MAAF


Asrullah Affendi Abdullah


Rentetan campur tangan DAP berkaitan isu khutbah Aidiladha baru-baru ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang akan terus berdiri teguh dan mempertahankan tindakan Jabatan Mufti dari serangan dan kebiadaban pemimpin-pemimpin DAP.

Exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Asrullah Affendi Abdullah berkata, seharusnya DAP tidak bertindak kurang bijak dalam urusan mencampuri hal ehwal dalaman agama Islam di negeri ini.

Menurutnya, khutbah Aidiladha tersebut tidak memfokuskan mana-mana pihak daripada mana-mana parti politik, sebaliknya menyeru seluruh umat Islam bersatu dan mempertahankan kesucian agama Islam dari ancaman pihak tertentu.

“Tidak ada perkara yang berasas untuk Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Jabatan Mufti mengikut telunjuk DAP bagi memohon maaf secara terbuka di atas hal tersebut.

“Sedangkan beberapa perkara yang dikeluarkan oleh DAP berkaitan hal ehwal agama Islam dan kepimpinan negara sebelum ini pun mereka tidak pernah membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan perkara tersebut kepada umum.

“Sepatutnya kepimpinan DAP yang beragama Islam yang berada dalam saf kepimpinan DAP perlu lebih jelas dan memahami isi kandungan khutbah tersebut dan menerangkan kepada ahli DAP yang lain,” katanya yang mewakili badan-badan NGO Islam negeri ini.

Asrullah berkata, gabungan NGO Islam negeri Pahang melihat isu ini sebagai tanda kebiadaban DAP yang cuba merosakkan hak-hak bersuara berkaitan agama Islam.

“Jika DAP meminta Jaip dan Jabatan Mufti membuat permohonan maaf secara terbuka, kami badan-badan NGO Islam di negeri ini mendesak agar DAP yang harus memohon maaf di atas segala kenyataan, fitnah dan perkara-perkara lain yang dibuat mereka.

“Mereka yang harus meminta maaf kepada umat Islam negeri ini kerana telah menyinggung perasaan rakyat yang berpegang teguh dengan kepimpinan agama Islam,” katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 29, 2015 at 4:08 PM

    Mufti ka pegawi ugama ka bukan maksum...jadi, kalau dah salah, minta maaf lah. tak perlu nak melatah tak tentu pasal.

share2