Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 5, 2015

JANIN BERUSIA LIMA BULAN DITEMUI DI ATAS KUBUR


pdrm


Kuala Lumpur - Satu janin dianggarkan berusia lima bulan dan tidak cukup sifat ditemui ditinggalkan di atas sebuah kubur di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, janin yang dibungkus dengan kain putih itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira 9.13 pagi.

"Hasil siasatan awal ke atas janin itu mendapati perutnya telah pecah serta berair dan dianggarkan berusia lima bulan.

"Lebih kurang 20 meter dari tempat janin itu ditemui, terdapat satu bungkusan plastik disyaki uri janin berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Zainol berkata, kawasan perkuburan itu mempunyai dua pintu masuk iaitu pintu utama menghadap Jalan Ampang berdekatan Hotel Maya dan pintu kedua di belakang Restoran NZ Garden. 

"Pintu utama mempunyai seorang pengawal keselamatan manakala pintu kedua pula tidak dikawal serta tidak dikunci.

"Tiada CCTV (kamera litar tertutup) di situ atau saksi yang melihat kejadian buang janin tersebut.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan janin itu sudah reput teruk dan tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Zainol berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2697 7099 atau 019-3114418.

0 comments:

share2