Selebriti cantik, Rozita Che Wan menjelaskan gambar separuh bogel yang dikatakan pelakon itu adalah palsu.
Rozita yang lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, dia tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segalanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.
"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.
"Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya," katanya dipetik Berita Harian Online.
Tambah Che Ta lagi, dia turut menunjukkan gambar tersebut kepada suaminya, Zain Saidin dan kedua-dua mereka merasakan bahawa apa yang berlaku itu, adalah sesuatu yang lucu kerana ini bukanlah kali pertama hal sebegini berlaku.
Gambar yang dipercayai mengunakan teknik 'super impose' itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju tersebar di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment