Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 15, 2015

CAPO ULTRAS MALAYA NAFI MERUSUH DI STADIUM


harimau malaya


Shah Alam - Capo Ultras Malaya dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam terhadap tuduhan merusuh semasa perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Arab Saudi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Mohd Ridzuan Ahmad, 36, atau dikenali sebagai Lekir dan Pegawai Pemulihan Kredit syarikat swasta, Nudzul Haqimi Zulkepli ,31, didakwa bersama beberapa orang yang masih bebas anggota perhimpunan menyalahi undang- undang dengan melaksanakan tujuan bersama iaitu merusuh dengan membakar suar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan C, Stadium Shah Alam jam 10.50 malam pada 8 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N Parimalaah mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad mewakili Lekir dan Nudzul Haqimi.

Majistret, Norshakinah Kamaludin membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Oktober untuk sebutan semula.

Sebelum ini, pada perlawanan itu, beberapa penyokong Ultras Malaya mencetuskan provokasi dengan melempar suar, bunga api dan mercun roket ke tengah padang sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pada mini ke-88 ketika Malaysia ketinggalan 1-2.

Sementara itu, polis sedang menjejaki saki baki dua lagi lelaki merupakan pemimpin Ultras Selangor turut disyaki sebagai antara perancang utama yang masih bebas.

0 comments:

share2