Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 29, 2015

BUNUH: BEKAS PENUNTUT KOLEJ KE TALI GANTUNG


tali gantung


Shah Alam - Bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) yang menghadapi tuduhan membunuh pensyarahnya tiga tahun lalu dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohammad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.

Muhammad Safwan, 23, bersalah membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC, antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Kesalahan itu dilakukan di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.

Pendakwaan dikendalikan oleh Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada 12 Ogos 2014, Muhammad Safwan dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh Zara dan bapa pensyarah itu, Omar Peter Abdullah, 56, pesara syarikat kewangan antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokan harinya tanpa perlu dipanggil membela diri.

Pada 30 Julai lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Muhammad Safwan atas pertuduhan membunuh Zara Eleena.

Tiga panel hakim diketuai Datuk Aziah Ali turut mengekalkan hukuman mati terhadap rakan Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe, 21, dan Azizi Aizat, 22.

0 comments:

share2