Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 15, 2015

[BENTONG] WARGA EMAS OKU TIDAK TERPINGGIR


Warga emas OKU tidak terpinggir


Pihak berwajib sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib masyarakat di bawah pentadbirannya tanpa mengira sebarang latar belakang agama mahupun kaum.

Tidak terkecuali golongan warga emas di Felda Lurah Bilut turut mendapat perhatian dan ternyata tidak pernah dipinggirkan.

Minggu lalu, lima warga emas orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan disampaikan Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Bentong, Poo Mun Hoong.

Pengerusi MCA Felda Lurah Bilut, Yip Seng Lam berkata, lawatan yang turut disertai pimpinan MIC itu sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap nasib warga emas di tanah rancangan terbabit.

“Kami berkunjung ke beberapa rumah warga emas di tanah rancangan ini tanpa mengira sebarang latarbelakang kaum mahupun agama.

“Sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban ditanggung golongan terbabit menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata, antara bentuk sumbangan dihulurkan termasuk lampin pakai buang yang merupakan keperluan utama bagi warga emas OKU.

Menurutnya, program seumpama itu sering diadakan oleh pimpinan Felda Lurah Bilut bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat dengan golongan warga emas di tanah rancangan itu.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik rasa sayang dalam kalangan masyarakat terhadap warga emas yang telah banyak berjasa kepada tanah rancangan ini.

“Ia juga buktikan bahawa Felda Lurah Bilut masih mengekalkan hubungan baik yang terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang sememangnya sudah terjalin sejak sekian lama,” katanya.

0 comments:

share2