Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 27, 2015

ANGGOTA RAAF CEDERA DISAMUN PEMANDU TEKSI


Kes jenayah


Kuala Lumpur - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), yang berada di negara ini kerana menghadiri majlis perkahwinan rakannya, cedera di mata kiri selepas disamun seorang pemandu teksi di sebuah hotel di Kepong di sini, semalam.

Kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun menaiki teksi ke hotel penginapannya dari sebuah kelab malam di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata mangsa dibelasah menggunakan sebatang kayu selepas enggan membayar tambang berjumlah RM60 yang diminta oleh suspek.

"Mangsa enggan membayar jumlah wang yang diminta kerana meter teksi menunjukkan kadar tambang RM28, menyebabkan suspek memukul mangsa dengan sebatang kayu.

"Suspek kemudian merampas wang tunai sebanyak RM1,000 di dalam dompet mangsa dan seutas jam tangan jenis Tag Heuer mangsa yang berharga RM3,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siasatan awal polis mendapati pemandu teksi berkenaan berusia dalam lingkungan 30-an dan mempunyai ketinggian 170cm.

"Tiada kamera litar tertutup di lokasi itu dan tiada saksi yang melihat kejadian. Usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya.

Munusamy berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.

0 comments:

share2