'PahangKu Media' turut menghantar peserta menyertai ekspedisi ini
21hb Ogos 2015 - Bermula 20hb hingga 23hb Ogos 2015 program 'SIT' (Start In Tioman) berlangsung memeriahkan Pulau Tioman khususnya di Kg. Genting dengan beberapa acara sempena kempen 'Year Of Festival'.
Sebagaimana namanya 'Start In Tioman', kerajaan negeri mahu mempromosikan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan utama dan ingin dilihat sebagai segalanya bermula di sini.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan adalah mendaki 'Gunung Kajang' setinggi 1038 meter dengan jarak 13KM dan memakan masa 16 jam untuk tiba semula ke kawasan permulaan di Kg. Paya.
'SIT' juga menawarkan pembelajaran selam skuba secara percuma kepada jemputan yang terdiri dari kalangan pengamal media. Selain itu aktiviti snorkeling juga turut ditawarkan.
Kibaran Jalur Gemilang
Pelatih bersedia untuk selam skuba
Gunung Kajang dari laut
Presiden Kelab Media Pahang yang turut serta dalam ekspedisi
Rihat dan mengambil bekalan air
Bersedia hadapi cabaran


0 comments:
Post a Comment