Pages

Tuesday, August 25, 2015

[ROMPIN] PROGRAM 'SIT' MERIAHKAN PULAU TIOMAN

'PahangKu Media' turut menghantar peserta menyertai ekspedisi ini



21hb Ogos 2015 - Bermula 20hb hingga 23hb Ogos 2015 program 'SIT' (Start In Tioman) berlangsung memeriahkan Pulau Tioman khususnya di Kg. Genting dengan beberapa acara sempena kempen 'Year Of Festival'. 

Sebagaimana namanya 'Start In Tioman', kerajaan negeri mahu mempromosikan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan utama dan ingin dilihat sebagai segalanya bermula di sini.

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan adalah mendaki 'Gunung Kajang' setinggi 1038 meter dengan jarak 13KM dan memakan masa 16 jam untuk tiba semula ke kawasan permulaan di Kg. Paya.

'SIT' juga menawarkan pembelajaran selam skuba secara percuma kepada jemputan yang terdiri dari kalangan pengamal media. Selain itu aktiviti snorkeling juga turut ditawarkan. 

Bagaimanapun, pihak penganjur tidak lupa juga untuk mendekatkan pengunjung dengan pengetahuan tentang konserversi dimana lautan dan alam harus dipuliharakan sebaiknya untuk generasi akan datang.



Sebahagian media dan NGO dalam pendakian ke Gunung Kajang


Kibaran Jalur Gemilang


Pelatih bersedia untuk selam skuba


Gunung Kajang dari laut

Presiden Kelab Media Pahang yang turut serta dalam ekspedisi

Rihat dan mengambil bekalan air

Bersedia hadapi cabaran




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor