Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 4, 2015

POLIS KELUAR WARAN TANGKAP EDITOR SARAWAK REPORT


pdrm


Shah Alam - Polis Malaysia di Raja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memperolehi waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I.

"PDRM juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki Aseanapol serta notis merah Interpol," katanya dalam satu kenyataan rasminya, hari ini.

Terdahulu, polis menghendaki Clare bagi menyiasat dakwaan ke atasnya kerana dikatakan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen selain dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

0 comments:

share2