Bukit Pelindung, Kuantan adalah antara lokasi melihat anak bulan di Semenanjung bagi menentukan tarikh berpuasa bagi umat Islam di Malaysia.
Hutan Lipur Bukit Pelindung terletak di daerah Kuantan, Pahang. Antara kemudahan yang disediakan di hutan lipur ini adalah pondok rehat, tempat senaman, trek berbasikal dan trek joging.
Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
5 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Beserah atau Jalan Teluk Sisek. Hutan Lipur Bukit Pelindung terletak di dalam Hutan Simpan Beserah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
Setiap hari, pagi dan petang ramai yang mendakinya bagi tujuan beriadah sama ada berjalan kaki dan menaiki basikal. Disini kita dapat menghirup udara segar sambil menyihatkan badan.
Bagaimanapun tidak ramai yang melihatnya dari sudut botani. Mungkin kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan.
Mungkin Jabatan Hutan boleh membantu masyarakat dengan melabelkan nama tumbuh-tumbuhan dengan lebih detail, bukan sahaja taksonominya bahkan kegunaannya juga kepada manusia.
Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya, bahkan Jabatan Hutan sendiri tidak menyedari akan adanya sejenis buluh yang jarang ditemui tumbuh melata di hutan ini. Yang dimaksudkan adalah buluh memanjat dari genera 'Dinochloa'.
Sumber

0 comments:
Post a Comment