Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 9, 2015

DUA WARGA MALAYSIA DITAHAN DI SUNGAI GOLOK


dadah


Dua warga Malaysia dan seorang wanita Laos ditangkap oleh polis imigresen Narathiwat awal pagi tadi kerana dipercayai memiliki dadah.

Warga Malaysia itu dikenali sebagai Abdul Wahid Deraman, 49, dan Mohammad Khairuddin Ibrahim, 42, yang kedua-duanya berasal dari Kelantan.

Wanita Laos itu dikenali sebagai Daen Bala, 32.

Mereka ditangkap sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan apabila pihak polis imigresen menyerbu sebuah bilik di Hotel Vanich, Sungai Golok.

Mereka dipercayai merancang untuk mengedar dadah kepada peniaga Thailand, kata Ketua Polis Imigresen Wilayah Narathiwat, Kolonel Polis Karn Thammakaserm.

Beliau berkata pihak perisikan mendapati mereka memiliki kokain seberat 3.10 gram dan ubat batuk seberat 0.18 gram yang kesemuanya bernilai 40,000 baht.

Abdul Wahid telah mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya yang dibawa dari Malaysia untuk dihantar kepada ajen peniaga dadah tempatan sebelum mereka diberkas.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu juga dituduh memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

0 comments:

share2