Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

(KUALA LIPIS) BERSELFIE TANPA HENTI HINGGA SAMPAI AJAL




“Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie dengan saya di dalam kereta selepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran di Pagoh, Johor, namun saya tidak menyangka itu petanda dia (Kak Yong) akan pergi buat selama-lanya.

“Saya reda dengan kejadian itu dan akan menggalas tugas menjadi ‘kakak sulung’ dalam keluarga,” kata Nor Farhana Mahmod, 20, adik kepada Nurul Lyana Mahmod, 23, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin.

Ketika kejadian, Nurul Lyana dalam perjalanan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub, dekat sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dari Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lipis, di sini, untuk bedah siasat.

0 comments:

share2