Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

'BANTU SAYA CARI LELAKI INI'


'Bantu saya cari lelaki ini'


Tanah Merah - Kakitangan sebuah bank di sini, merayu bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki dipercayai mencuri dompetnya sebelum mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sehingga menyebabkan kerugian lebih RM2,000.

Norida Ismail, 36, berkata, perbuatan lelaki itu mengeluarkan wang menggunakan kad banknya yang dicuri dari mesin ATM di sebuah stesen minyak di bandar ini berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan.

Katanya, kejadian Selasa lalu itu turut menyebabkan dia kehilangan MyKad, lesen memandu, beberapa kad ATM, kad debit dan kad kredit serta wang tunai RM300 yang diletakkan dalam dompet tersebut.

“Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Tanah Merah pada hari kejadian dan saya diberitahu, usaha mengesan lelaki terbabit sedang dilakukan polis.

“Saya juga harap sesiapa yang mengenali lelaki ini berdasarkan rakaman CCTV tersebut supaya menghubungi polis atau mana-mana balai berdekatan,” katanya, semalam.

Menurut Norida, kehilangan dompetnya disedari apabila dia menerima mesej dari sebuah bank mengenai cubaan mengeluarkan wang yang tidak berjaya.

“Ketika itu, saya berada di sebuah klinik dan bila periksa beg tangan, saya dapati dompet di dalamnya sudah hilang dipercayai dicuri.

“Saya kemudian buat pemeriksaan transaksi pengeluaran di sebuah bank dan mendapati wang dalam akaun saya berjumlah RM2,100 telah dikeluarkan melalui mesin ATM dengan tiga kali pengeluaran,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati wang tersebut dikeluarkan oleh seorang lelaki melalui mesin ATM di sebuah stesen minyak di bandar ini.

“Saya sekarang dalam proses mendapatkan rekod rakaman CCTV mesin ATM di stesen minyak tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas lelaki terbabit,” kata Norida.

0 comments:

share2