
Shah Alam – Satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ memuat naik video mahu mengancam Kerajaan Malaysia dan mengisytihar perang terhadap Perdana Menteri melalui Facebook rasmi kumpulan itu, pada 4 Ogos lalu.
Dalam video terbabit, kumpulan itu mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menjangkakan serangan akan berlaku pada 29 hingga 30 Ogos ini, bermula 6 petang hingga 5 petang keesokannya.
Kumpulan itu memberi amaran, serangan dibuat selaras dengan demonstrasi Bersih 4.0 yang dijangkakan berlaku pada tarikh sama.
Pada tarikh itu, kumpulan tersebut menamakan beberapa laman web yang akan dijadikan sasaran serangan termasuk portal rasmi Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia selain 150 portal web yang terpilih.

0 comments:
Post a Comment