California - Malang bagi seorang lelaki yang mengambil selfie bersama ular yang ditemui di dalam semak apabila dia dipatuk reptilia itu.
Lebih malang baginya apabila bil rawatannya mencecah lebih RM500,000.
Menurut Indian Express, tangan Todd Fassler berubah menjadi warna ungu selepas dipatuk seekor ular orok-orok yang diambilnya dari semak pada 4 Julai lepas.
"Badan saya menggigil. Ular tersebut lumpuhkan seluruh badan saya.
"Saya rasa seperti lidah saya terkeluar dari mulut dan mata saya berpusing ke tepi," kata Fassler ketika menyifatkan 'penyeksaan' dipatuk reptilia tersebut.
Fassler yang berasal dari San Diego berjaya dirawat namun dua hospital kehabisan penawar ular.
Beliau kemudian diberikan bil rawatan yang berjumlah USD 153,161 (RM584,493.01).
Syarikat insurans kini sedang berunding dengan pihak hospital untuk menyelesaikan bil rawatan berkenaan.
Sebelum ini, Fassler pernah memelihara seekor ular lain, spesis yang sama-sama selama setahun namun dilepaskan selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.
0 comments:
Post a Comment