Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 5, 2015

PENIAGA AIR MAMPU BAYAR GAJI PEKERJA RM150 SEHARI


Peniaga air mampu bayar gaji pekerja RM150 sehari


Marang - Air minuman yang telah dibungkus di dalam plastik kecil yang disusun dan dibiar melambak di atas meja sudah pasti menarik minat sesiapa sahaja, khususnya pelanggan yang berbelanja di bazar Ramadan ketika ini.

Peniaga minuman di bazar Ramadan, Muhammad Esa Mohamad, 25, sentiasa tidak menang tangan membungkus air untuk pelanggan yang dilihat tidak putus-putus singgah di gerainya di bazar Ramadan Wakaf Dua di sini.

Menamakan gerainya, ‘Air Buah Sektop’ dia sudah lebih lapan tahun menjual air sepanjang Ramadan.

Antara minuman yang dijualnya ialah air tembikai, air durian belanda, air nanas, air epal, air anggur dan lain-lain.

Menurutnya, minuman paling istimewa di gerainya adalah air durian belanda yang sering menjadi pilihan pelanggan, selain air tembikai dan air epal malah minuman itu dijual pada harga RM1 dengan ais serta RM2 tanpa ais.

“Pendapatannya pula agak lumayan dan saya mampu menampung pembayaran gaji lima orang pekerja dengan kadar RM30 sehari setiap orang atau RM150 sehari sepanjang berniaga bulan Ramadan ini, Insya ALLAH,” katanya yang masih bujang.

0 comments:

share2