Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas pelbagai jenis barang tiruan dalam satu operasi pemeriksaan barang tiruan di Tapak Stadium Kuantan kelmarin.
Dalam operasi jam 10 malam itu, sebanyak 84 gerai telah diperiksa dan empat kes di bawah kesalahan Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekal dan menawarkan untuk membekal apa-apa barang yg baginya suatu perihal dagangan palsu yang tertakluk dengan cap dagang berdaftar.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Negeri, Alwi Abdul Hamid berkata, operasi yang dijalankan itu bagi mengesan peniaga yang menjual barangan tiruan kepada pengguna.
“Musim perayaan merupakan lubuk bagi peniaga-peniaga ini untuk menjual barangan mereka.
“Dalam operasi itu, pelbagai t shirt, tali pinggang, porch bag, seluar trek, jeans, dompet dan baju jersi yang menggunakan perihal dagangan palsu berjenama telah disita bagi membantu siasatan,” katanya.
Alwi berkata, kesemua nilai rampasan berjumlah RM2,895.
Katanya, bagi kesalahan tersebut, peniaga terbabit akan dikenakan penalti tidak melebihi RM10,000 setiap unit dan penjara tidak melebihi tiga tahun manakala perbadanan akan dikenakan penalti tidak melebihi RM15,000 setiap unit.
0 comments:
Post a Comment