Tampin – Pemuda Umno mengesa pihak bertanggungjawab menyebarkan fitnah ke atas kepimpinan kerajaan dan negara untuk mengemukakan bukti dakwaan atau mereka bakal berhadapan dengan tindakan saman.
Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda Umno tidak akan bertoleransi atau menerima sebarang usaha dari pihak tidak bertanggungjawab untuk menfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan mahupun kepimpinan negara.
Menurutnya, setiap tuduhan yang dilemparkan haruslah mempunyai bukti dan datang dari sumber yang sahih.
“Kita sangat khuatir dengan perkembangan terkini... fitnah sangat berleluasa seolah-olah rakyat tidak ada banyak usaha dan tidak ada banyak komitmen untuk semak kesahihan berita tersebut.
“Ramai dalam kalangan rakyat kita terutamanya orang muda yang tidak buat usul periksa yang hanya forward sahaja apa yang mereka terima... tidak guna akal fikiran untuk mengkaji berita yang mereka dapat betul atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Program Ihya Ramadan Pemuda Umno Malaysia di Masjid As-Syakirin Gemencheh, di sini.
Untuk rekod, sempena program berkenaan Khairy menyampaikan sumbangan kepada 150 individu terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan warga emas.
Khairy berkata, fitnah berkenaan bukan hanya menjejaskan kredibiliiti pemimpim tapi turut menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.
“Kita tak boleh menjadi masyarakat yang matang. Saya risau ini bukan hanya bagi kesan kepada politik tetapi boleh juga memudaratkan ekonomi kita.
“Kalau sekiranya berlaku begini dan masyarakat antarabangsa, pelabur-pelabur asing akan rasa kurang yakin dengan Malaysia disebabkan berita-berita yang kita tak tahu kesahihahnya sama ada betul atau tak.
“Kita mesti bertindak cepat untuk minta bukti tersebut kalau sekiranya tuduhan dibuat kalau tidak kita tidak ada pilihan lain kita terpaksa saman pihak-pihak yang berkenaan suapaya masyarakat umum tahu kita tidak akan menerima sebarang usaha untuk menfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan dan kepimpinan negara kita.
Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pihak yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.
Dakwaan berkenaan berkaitan dana RM2.6 bilion milik badan 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.
0 comments:
Post a Comment