Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 30, 2015

KILANG HASIL IPHONE PALSU DISERBU


Kilang hasil iPhone palsu diserbu


Beijing - Pihak berkuasa tempatan menahan sembilan orang dalam satu serbuan sebuah kilang yang didakwa mengeluarkan sehingga 41,000 unit iPhone palsu di China.

Operasi kilang itu dilaporkan melibatkan ratusan pekerja pembungkusan semula bahagian telefon pintar terpakai sebagai iPhone baru untuk dieksport ke pasaran luar negara terutamanya Amerika Syarikat.

Menurut laporan, operasi kilang haram itu berjaya dihidu pihak berkuasa pada May lalu namun hanya didedahkan melalui media sosial oleh Biro keselamatan Beijing pada Ahad.

Pihak berkuasa Beijing berkata, kilang ini dikendalikan oleh pasangan suami isteri, di pinggir utara ibu negara China.

"Ia susulan laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang merampas beberapa telefon palsu jenama itu di negara tersebut yang dipercayai dihasilkan di China,"

Sementara itu, menurut blogger BirdAbroad yang dipetik BBC, ramai kakitangan yang bekerja kilang berkenaan menyangka bahawa mereka bekerja dengan firma elektronik Amerika Syarikat dan bukannya kilang Apple yang palsu.

0 comments:

share2