Semua anggota kabinet parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Rabu menyatakan sokongan untuk bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran dana ke akaun peribadi perdana menteri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat kabinet hari ini ada menyentuh mengenai dakwaan WSJ itu.
“Semua ketua-ketua parti diberi peluang bercakap, dan kita secara konsensus bersetuju menyatakan sokongan pada Datuk Seri Najib,” katanya ketika ditanya sama ada mesyuarat kabinet hari ini membincangkan dakwaan akhbar WSJ kononnya kira-kira AS$700 juta dimasukkan ke akaun perdana menteri.
Beliau ditemui selepas mengedarkan 2,500 kotak bubur lambuk di perkarangan kementeriannya di sini, Rabu.
Ismail Sabri berkata kabinet juga berpandangan isu itu tidak perlu dispekulasikan sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas melibatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara yang ditubuhkan, selesai dijalankan.
0 comments:
Post a Comment