KUALA LUMPUR - "Saya rasa Perdana Menteri fikir barisan Kabinet yang baharu ini lebih baik."
Demikian reaksi ringkas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
Menurut beliau, rombakan Kabinet merupakan perkara biasa dan dilakukan setiap masa.
Malah, katanya, Najib berhak menggugurkan sesiapa saja yang diingininya termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Itu hak Perdana Menteri untuk gugurkan Muhyiddin. Dia nak gugur, dia gugurlah," katanya dalam sidang media di pelancaran Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court, di sini, hari ini.
Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan individu paling tepat untuk menggantikan Muhyiddin.
"Zahid yang paling layak. Dia menang undi paling banyak untuk naib presiden (Umno).
"Paling tepat untuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri," katanya.
Ketika ditanya pandangannya sama ada barisan Kabinet baharu ini lebih baik daripada sebelum ini, Mahathir hanya berkata: "Saya tidak memikirkannya'.
Bagaimanapun, beliau berpandangan Kabinet baru ini masih belum mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara seperti didakwa Najib.
"Saya baca blog dan komen di Facebook, tak nampak lagi pertukaran (kembalikan keyakinan rakyat).
"Jika baca apa di Facebook, kita tahu apa yang rakyat fikir sebab mereka luahkan pendapat mereka di internet," katanya.
Pasal Tun suka pada fitnah. Towkeh The Edge dahmengaku beli dokumen dari Justo dan Sarawak Reports ubah suai masih tak percaya lagi. 2 orang Cina dari BNM dikehendaki kerana terbabit kes 1MDB. Hmm...masih bercita-cita dengan jambatan bengkoknya.
Sebagai rakyat saya sokong kabinet baru. Orang yg luah kat internet tu ada sesetengahnya macai upahan yg sememangnya disuruh adu domba dan cenderong kepada perkara negatif. Sekiranya kita positif, inshallah positiflah jadinya. Tapi kalau orang suka kepada fitnah sahaja dan ketepikan kebaikan yg ada, tanggunglah dosa memfitnah tu.