Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 8, 2015

GUNA BUNGKUSAN ROTI SIMPAN HEROIN


Guna bungkusan roti simpan heroin


Alor Setar - Taktik dua lelaki menggunakan plastik bungkusan roti untuk menyimpan dadah dipercayai jenis heroin terbongkar apabila ditahan dalam satu serbuan awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah rumah di Megat Dewa, Kodiang susulan kes samun bersangkutan laporan di Tasik Gelugor.

Menurutnya, dua lelaki berumur 28 tahun 30 tahun itu ditahan ketika berada dalam bilik kedua rumah berkenaan kira-kira jam 5.50 pagi.

"Sewaktu pemeriksaan dijalankan dalam bilik itu sambil disaksikan kedua-dua suspek, menjumpai satu bungkusan plastik roti yang mengandungi dua bungkusan plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 59 gram.

"Barang kes dirampas dan dua suspek itu ditahan," katanya kepada media di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, ujian air kencing kedua-dua suspek yang sudah berkahwin itu juga didapati positif morfin.

"Berdasarkan soal siasat yang dijalankan barang kes diperoleh daripada seorang lelaki lain dikenali dengan panggilan ‘boy’ tinggal di Pulau Pinang.

"Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

0 comments:

share2