Texas - Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas tertembak kepalanya sendiri, Isnin lepas.
Menurut laporan Reuters, kanak-kanak tersebut ditidurkan oleh datuk dan neneknya sebelum kejadian.
Menurut polis, satu tembakan kedengaran dan kanak-kanak tersebut ditemui dengan kesan tembakan di kepala.
"Kanak-kanak tersebut berjaya menemui pistol .308 semi automatik yang diletakkan di bilik tidur," kata Sarjan Ben Beall dari Harris County Sheriff.
Polis sedang menyiasat kes tersebut.
0 comments:
Post a Comment