Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 7, 2015

BERI PM PELUANG JELAS ISU WSJ


Mohamed Khaled Nordin


Johor Bahru - Umno Johor berharap rakyat memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penjelasan berhubung dakwaan laporan Wall Street Journal (WSJ) terhadap dirinya.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Perdana Menteri perlu fokus dalam membersihkan nama beliau dan yakin isu itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

"Rakyat perlu dengar penjelasan itu daripada terus menerima bulat-bulat apa yang dinyatakan WSJ," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor di sini malam tadi.

Menteri Besar Johor itu berkata, adalah wajar untuk Perdana Menteri mengambil apa jua tindakan bagi menjawab tuduhan itu memandangkan laporan WSJ menyebut namanya secara khusus.

Semalam, Najib berkata, beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

0 comments:

share2