Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 2, 2015

'AKU SEMBELIH MU, AKU KAMBUS DALE KUBUR'


 'Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur'


Kota Bharu - Balasan buat seorang anak yang berkata kasar dengan mengugut untuk menyembelih ibunya, dia dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Fahmin Mohamad Anipa selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh mengaku atas tuduhan melakukan ugutan jenayah kepada Norfazilati Mat Zain, 46, dengan berkata, “nak sembelihmu” hingga menyebabkan pengadu ketakutan dalam kejadian di alamat Kampung Terusan Limbat, di sini, pada jam 3 petang, 14 April lalu.

Pada prosiding hari ini, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana insaf atas kesalahan itu, namun pihak Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon hukuman setimpal mengambil kira jenayah yang membabitkan ahli keluarga.

Mohamad Nasrudin kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan, hari sama kejadian.

Dalam kejadian lalu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak pengadu mengamuk tanpa sebab serta mengugut dengan kata-kata, "aku sembelih mu, aku kambus mu dale (dalam) kubur, aku katok (pukul) kaki mu bagi mapuh.”

Tertuduh juga menghampiri pengadu dan mengangkat tangan mahu menampar pengadu, tetapi pengadu mengelak dan menepis tangan anaknya itu. Pengadu menjadi takut dan bimbang dibunuh kemudiannya bertindak melarikan diri. Kejadian turut disaksikan dua lagi anak pengadu.

Perlakuan tertuduh sedemikian dipercayai akibat dia berang kerana pengadu yang tidak memberi duit serta meleterinya.

0 comments:

share2