Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 1, 2015

[KUANTAN] 'ANNUAL KUANTAN HALF MARATHON 2015'



Oleh Zainal A. Shamsuddin


Kuantan, 31.5.2015 - Acara larian “Annual Kuantan Half Marathon” terus mendapat sambutan hampir 2,500 penyertaan dari seluruh negara dan luar negara. Peserta-peserta luar negara termasuk dari German, Belanda, Afrika Selatan dan Bolivia.

Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berucap mewakili Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan Negeri Pahang berkata peningkatan pelancong ke Pahang melalui aktiviti-aktiviti lasak seperti larian Eco Challenge dan berbasikal 160 km amat menggalakkan sejak 2013 .

“Terdapat peningkatan pelancong seramai 900 ribu orang setiap tahun sejak 2 tahun lalu dan promosi pelancongan sebegini menunjukkan petanda positif bagi persediaan Tahun Melawat Pahang 2017.”

“Bandar Kuantan juga sudah memiliki lebih 120 hotel dengan 5 ribu penginapan untuk menerima pelancong untuk setiap satu masa”, kata Isyak yang mewakili Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Sri Sharkar Shamsudin.

Menurut beliau, aktivii pelancongan yang dianjurkan kerajaan negeri memberi pendedahan kepada pelancong untuk melihat ikon-ikon pelancongan seperti bandar lama dan laut agar mereka akan meluangkan lebih masa di Pahang.

Pahang mensasarkan kedatangan lebih 10 juta pelancong tahun ini.

Pada larian Kuantan Half Marathon ke 7 hari ini, kategori Lelaki Antarabangsa dimenangi oleh Mazarul Arif Osman diikuti Mohd Zuki Wahab dan tempat ke 3 dimenangi Chong Kin Fook. Manakala Maisy Harman menjuarai katergori Wanita Antarabangsa, Nooraini MD Amin menduduki tempat ke 2 dan Beth Walters menang tempat ke 3.
















0 comments:

share2