Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 3, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ORANG ASLI TETAP SOKONG KERAJAAN BN DAN TOLAK PEMBANGKANG




Tok Awang baru balik dari ziarah anak di Keratong 9. Suasana pilihanraya tak terasa sangat dan itu amat menghairankan Tok Awang. Tak banyak bendera yang berkibar terutama bendera bulan atau budak-budak panggil 'tudung tin biskut'. Yang ada 2..3 pun helai.. itupun jatuh 'berlempek' atas tanah atau ditepi longkang.

Khabarnya, orang asli tetap akan berikan sokongan kepada BN. Mereka akan tetapkan hati dan percaya hanya BN sahaja yang boleh mambantu rakyat. Mereka juga sedar bahawa perayu undi dari Pas ini adalah orang luar, yang boleh janjikan apa saja tetapi setelah PRK berakhir, mereka akan balik dan tinggalkan orang asli dengan masalahnya sendiri tanpa ada sebarang pembelaan. Jadi, siapa lagi yang akan mereka harapkan nanyi selain dari wakil rakyat dari BN.

Bukan Tok Awang nak menghina mana-mana pihak, tetapi dalam hal ini orang asli berfikir lebih matang dari kebanyakan peneroka Felda yang kebanyakkannya terperangkap dengan retorik pihak pembangkang yang sentiasa berusaha memburukkan kerajaan sehingga mereka lupa bahawa mereka dapat jadi peneroka adalah dengan hasil usaha kerajaan BN suatu waktu dahulu.

Tok Awang dengar juga kisah ketidak sefahaman antara pemimpin Pas sendiri. Banyak masalah dalaman rupanya. Tak suka calon... perebutan kuasa... penguasaan dan lain-lain lagi. PKR pun tak benar-benar sokong calon Pas dalam PRK ini.

Ada dengan kempen PKR di satu perkampongan asli, tapi tak dapat sambutan. Fuziah Salleh datan dan rasuahkan kain batik pun tak berapa dapat sambutan. Orang asli pun tak kisah jika diberi kain batik atau tidak. Mungkin juga Fuziah berkempen anti Lynas kepada orang asli, tapi mereka tentu tak mahu dengan dan kurang faham.

Akhirnya semua perayu undi PKR yang datang berkempen diiringi meninggalkan perkampongan berkenaan dengan perasaan hampa dan kecewa kerana masyarakat asli tetap menolak pembangkang serta masih tetap sokong kerajaan BN.



0 comments:

share2