Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 11, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : GST



Terlalu banyak didengar mengenai GST terutama yang buruk-buruk, kebanyakannya di media-media sosial. Banyak pandangan dan komen yang dibuat langsung tidak berasaskan fakta, namun yang menghairankannya kita ambil semua dan mudah percaya serta menolak segala penafian kerajaan dengan alasan dan fakta.

Mungkin inilah masalah dengan kita dan 'kewartawanan rakyat'. Kita percaya dengan persepsi bahawa pendapat terbanyak adalah pendapat yang benar sedangkan kemungkinan pendapat banyak dalam media sosial adalah dari satu atau dua punca yang sama. Satu atau dua individu yang yang mewakili beberapa identiti yang memberi pendapat sama serta menyokong satu sama lain.

Tok Awang dah baca serta dengar banyak penerangan dan pendapat dari banyak pihak mengenai GST. Jadi pemahaman itu Tok Awang nak tulis disini secara ringkas supaya yang tua-tua dan yang dah kecut 'otak' seperti Tok Awang akan mudah faham.  Harap yang muda-muda juga yang sememangnya dilahirkan dengan 'otak' yang kecut juga akan mudah faham.

1. GST adalah sistem percukaian yang menggantiklan SST.

2. Cukai SST adalah 10 + 6 % (16%) akan diganti oleh GST yang hanya 6%. (Sepatutnya harga barang lebih murah jika peniaga menolak 16% cukai barangan berkenaan terlebih dahulu dan kemudian baru menokok 6%, yang menjadikan harga barangan 10% lebih murah dari harga asal)

3. Siapa yang tak suka GST? - Peniaga: yang sebelum ini bebas mengelak cukai namun kini mendaftar dengan kerajaan dan tidak dapat lari dari membayar cukai.

4. Siapa yang tak suka GST? - Pencacai: yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan oleh golongan tertentu yang tidak suka kepada sistem cukai dimana mereka tidak lagi boleh mengelak dari membayar cukai.

5. Kenapa kami yang kena bayar GST dan bukan peniaga? Sebab kita adalah pengguna.... dan apabila peniaga menggunakan barangan bercukai tertentu maka mereka juga akan jadi pengguna dan akan juga membayar cukai berkenaan. (Semua pengguna membayar cukai dan ianya adalah sistem  percukaian yang adil)

6. Kenapa sepatutnya GST menurunkan harga barangan tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya? Kerana golongan peniaga menaikkannya untuk mendesak kerajaan dan mengagalkan sistem percukaian ini supaya mereka akan lebih bebas mengaut keuntungan dengan sistem percukaian lama.

7. Kenapa ramai bantah percukai GST? Kerana anak cucu Tok Awang ini semua daif dan tidak sedar mereka diperalatkan. Mereka dilahirkan dengan 'otak' yang sedia kecut. Mereka yang didalam hatinya ada perasaan 'jika aku tak dapat...biar semua orang Melayu lain tak akan dapat... biar bangsa lain yang dapat asalkan jangan bangsaku sendiri..'....


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2