Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 12, 2015

[ROMPIN] TIOMAN ECO-CHALLANGE

Displaying IMG_8602.JPG


Oleh Zainal A. Shamsudin



Pulau Tioman, 11.5.2015 - Landasan Kapalterbang Pulau Tioman mesti dipanjangkan 300 meter bagi membolehkan perkhidmatan udara awamnya dibuka semula.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata tambahan daripada 992 meter yang ada sekarang kepada 1,292 meter landasan itu amat penting bagi membolehkan pesawat jenis ATR-72 yang digunakan beberapa syarikat tambang murah di negara ini mendarat secara terus di Pulau Tioman.

Walaupun pelancong ke Tioman bertambah tahun lalu, tetapi pemberhentian pekhidmatan Berjaya Air pada akhir tahun lalu, menyebabkan pelancong dari Eropah menurun kerana mereka lebih gemar menaiki penerbangan udara dari Kuala Lumpur.

Sharkar berkata pelan cadangan pembesaran landasan itu juga telahpun dikemukakan kepada kerajaan persekutuan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah Sultan Ahmad Shah International Eco-Challenge (SASTIEC) Pulau Tioman 2015 di sini.

Majlis turut dihadiri Presiden SASTIEC Lt Kol Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Sultan Abu Bakar.

Acara SASTIEC yang diadakan sejak tahun 2008 itu kini memasuki tahun kelapan penganjuran dengan 176 orang peserta menyertai enam acara yang dipertandingkan pada tahun ini.

Terdapat 13 peserta dari luar negara termasuk Kenya dan Brazil turut menyertai acara yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM250,000.

Pada tahun lepas sahaja, katanya seramai 268,784 pelancong direkodkan berkunjung ke pulau tersebut iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding 232,102 pelancong pada tahun sebelumnya.


Displaying IMG_8063.JPG


Displaying IMG_8309.JPG


Displaying IMG_9396.jpg


Displaying IMG_8491.jpg





0 comments:

share2