Cueta, Sepanyol: Sekumpulan pegawai imigresen terkejut selepas menemui seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang cuba diseludup masuk ke Sepanyol dengan bersembunyi di dalam bagasi.
Budak lelaki itu ditemui selepas bagasi yang dibawa seorang wanita berusia 19 tahun dari Maghribi diperiksa menggunakan alat imbasan X-ray.
Ketika melalui alat imbasan berkenaan pegawai imigresen terkejut apabila melihat imej kanak-kanak itu di dalam bagasi jelas terpapar di skrin.
Jurucakap imigresen berkata, wanita itu diperiksa selepas dia kelihatan cemas ketika melalui pemeriksaan keselamatan di lintasan sempadan berkenaan.
Katanya, mereka pada mulanya mengesyaki wanita itu cuba menyeludup dadah dari Maghribi masuk ke Sepanyol.
0 comments:
Post a Comment