Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 16, 2015

SATU KEBENARAN TENTANG 1MDB

1MDB



SESETENGAH orang, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut jawapan mengenai 1MDB. Bagaimanapun, saya melihat setiap kali jawapan diberikan, pengkritik ini akan mengetepikan sahaja penjelasan tersebut dan melabelkannya sebagai pembohongan.

Mereka mengatakan bahawa mereka tidak lagi percaya apa yang kerajaan katakan.

Tentu sekali, itu adalah hak mereka tetapi jika mereka tidak percaya apa yang kerajaan katakan mengapa mereka menuntut jawapan jika tidak mempercayai jawapan yang diberikan.

Adalah lebih baik kita tunggu PAC menyiapkan siasatan ke atas 1MDB dan keluarkan laporannya.

Juruaudit luar juga melakukan pemeriksaan yang sama. Lagipun, ahli-ahli PAC juga terdiri daripada kalangan para pemimpin parti pembangkang.

Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah cubaan kerajaan menutup kes, seperti apa yang biasa mereka katakan setiap kerajaan mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Dalam hal ini, perkara pokoknya ialah dakwaan bahawa 1MDB telah kehilangan RM42 bilion.

PAC perlu memberi tumpuan kepada dakwaan ini dan mengesahkan sama ada RM42 bilion itu sebenarnya telah hilang atau sebaliknya.

Jika jawapannya tidak, maka PAC perlu memaklumkan kami di manakah wang itu....inilah yang kebanyakan orang ingin tahu.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kehilangan wang bukanlah menjadi isu.

Dr Mahathir mengakui sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri pun negara ini kehilangan banyak wang, mungkin lebih daripada jumlah yang melibatkan 1MDB.

Apa yang penting ialah pengetahuan atau maklumat di mana wang itu hilang. Dr Mahathir berkata beliau juga mungkin telah kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri tetapi kita tahu di mana wang itu telah hilang.

Dalam kes 1MDB, "kita tidak tahu", kata Dr Mahathir.

Jadi apa yang PAC perlu lakukan untuk menenangkan rakyat Malaysia dan Dr Mahathir ialah mengesahkan sama ada RM42 bilion benar-benar telah hilang dan jika betul, di mana ia telah hilang, sekali gus meredakan kehangatan isu 1MDB.


SALLEH ‎SAID KERUAK

***Penulis ialah Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak. Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1957 di Kota Belud, Sabah. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996.



0 comments:

share2