Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 2, 2015

#PRKRompin : PUTERI UMNO DEKATI MASYARAKAT ROMPIN



Oleh Zainal A. Shamsudin

Kuala Rompin, 150502 - Puteri UMNO hanya perlu mengekang fitnah pembangkang di saat saat akhir sebelum hari mengundi di kawasan PRK Rompin bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional. 

Dua hari sebelum hari mengundi, penduduk Rompin sudah yakin calon BN, Dato' Hasan adalah calon terbaik untuk mewakili mereka di Parlimen.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berpuas hati jentera penerangan pilhanraya BN telah menyampaikan matlumat kepada pengundi dengan menyeluruh terutamanya di kawasan perkampungan dan Felda.

“Maklumbalas yang diterima daripada pengundi juga adalah memberansangkan untuk BN menang mudah di PRK Rompin. Kita hanya mahu pastikan majority yang diperolehi BN dalam PRU 13 dapat dikekalkan akan meningkat pada 5 Mei depan.”

“Rata rata pengundi Rompin yang ditemui sudah mengenali calon BN Dato' Hasan Arifin dan Puteri UMNO tidak bermasalah dalam gerakkerjanya memperkenalkan Datuk Hasan,” kata Mas.

Antara program kemasyarakat yang dijalankan oleh Puteri Umno di Rompin adalah mengadakan pemeriksaan kesihatan di perkampungan orang asli dan lawatan ke beberapa PDM di kawasan pedalaman.






0 comments:

share2