Oleh Zainal A.Shamsudin
Kuala Rompin, 1.5.15 - Setelah 10 hari berkempen dan hanya tinggal 3 hari sebelum tarikh mengundi, tidak ada isu yang boleh membuat pengundi menolak calon BN Rompin Datuk Hasan Arifin, bahkan ramai penduduk kampung menunggu kepulangan beliau dengan lapang dada.
Hasan yang ditemui selepas sembahyang jumaat di Kampung Sepayang kelihatan beramah mesra bersama penduduk kampung membincangkan persediaan akhir untuk berkempen. .
“Kempen saya sepanjang 10 hari lau telah meliputi semua perkampungan di Rompin dan cuba menyelesaikan masalah mereka, terutamanya berkaitan, geran tanah bekalan air dan pembangunan”.
“Saya bernasib baik kerana pernah berkhidmat di Rompin dan kini hanya perlu memastikan saya meneruskan perkhidmatan saya dengan lebih cemerlang”, kata Hasan.
Mulai esok, Hasan memulakan pertemuan dengan persatuan-persatuan belia, NGO dan persatuan-persatuan perniagaan.
Dato' Hassa dalam kenyataan akhbarnya di Felda Selendang berkata; beliau amat memahami rintihan, keluhan dan keperluan anak-anak Felda di Parlimen Rompin ini khususnya yang masih lagi tidak mampu memiliki rumah pada kadar yang berpatutan.
' Saya akan memperjuangkan hasrat generasi kedua Felda agar nasib mereka terus terbela. Seperti yang semua sedia maklum perkara-perkara yang berhubung kait dgn dasar Felda memerlukan pertimbangan dan keputusan pucuk pimpinan khususnya YAB Perdana Menteri'.
'Saya yakin YAB PM sentiasa peka dan prihatin mengenai kebajikan dan masa depan Felda. Bagi pihak generasi muda Felda di Rompin ini, Saya merayu agar pucuk pimpinan dapat mencari penyelesaian terbaik berkenaan isu perumahan generasi kedua'.
'Tidak ada parti lain selain UMNO dan BN yg memperjuangkan nasib masyarakat Felda dari dahulu lagi dan tidak ada sebab kita tidak meneruskan agenda ini lebih-lebih lagi apabila PM sendiri adalah waris kepada Tun Abdul Razak yang telah mencetuskan agenda untuk membela orang melayu melalui Felda 59 tahun dahulu' - tambah beliau lagi.

0 comments:
Post a Comment