Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 6, 2015

MARAN: TIDAK WAJAR MERAGUI KEUPAYAAN FELDA



Warga peneroka Felda tidak sewajarnya meragui keupayaan Felda mempertingkatkan sosioekonomi di tanah rancangan seluruh negara.

Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, semasa Felda diwujudkan hasil idea bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, sememangnya ramai yang ragu sejauh mana tanah rancangan mampu merubah kehidupan peneroka dan generasi pewarisnya.

Namun menurutnya, hari ini masyarakat peneroka di 317 rancangan tanah berjumlah kira-kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini.

“Felda bukan sahaja membaiki kedudukan sosio ekonomi malah turut merubah landskap geografi negara. Di peringkat awal kehidupan mereka, mungkin ada di antara generasi Felda yang malu nak mengaku sebagai anak peneroka, tapi hari ini rata-rata mereka berbangga. Maka tidak wajar jika masih ada yang meragui keupayaan Felda kerana apa yang dinikmati peneroka sekarang adalah lebih baik,” katanya sambil memberitahu generasi Felda dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan taraf sosioekonomi ibu bapa dan keluarga mereka.

Menurutnya, kehidupan warga peneroka bertukar daripada di bawah paras kemiskinan kepada golongan pertengahan dan kini merupakan era untuk Felda melahirkan generasi baru yang berjaya dalam pelbagai profesion.

“Transformasi tanah rancangan berterusan untuk masyarakat peneroka dan generasi akan datang. Pelan transformasi tersebut merangkumi Felda pada tahun 2020, seiring dengan transformasi ekonomi negara bagi 20 hingga 30 tahun akan datang,” katanya.

0 comments:

share2