Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 21, 2015

ISU PALESTIN, IS DIBAWA PADA MESYUARAT ASEAN-RUSIA


IS


Kuala Lumpur - Situasi semasa di Timur Tengah yang melibatkan Palestin dan 'Islamic States' adakah antara isu yang dibincangkan pada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Asean-Rusia ke-12 di Kuala Lumpur semalam dan hari ini. 

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat juga membincangkan dua dokumen penting iaitu 'Comprehensive Programme of Action (CPA) to Promote Cooperation between Asean and Russia' serta 'Concept Paper on the Asean Russia Eminent Persons Group (AREPG)'.

"Kedua-dua dokumen ini penting untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara Asean dan Rusia di masa hadapan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari kesemua 10 negara anggota Asean, Rusia dan Sekretariat Asean turut membincangkan kemungkinan mengadakan Asean-Russia Commemorative Summit pada tahun hadapan bagi memperingati ulang tahun ke-20 hubungan dialog Asean-Russia.

Dalam mesyuarat itu, Rusia turut menyatakan sokongan penuh kepada Malaysia selaku Pengerusi Asean dan kesediaan untuk menjadi rakan penting kepada Asean
serta memberikan sokongan berterusan dalam usaha pembangunan komuniti Asean.

Pada mesyuarat itu, Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim manakala Rusia diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov.

Rusia merupakan negara Rakan Dialog Asean sejak 1996.

Hubungan itu merupakan forum untuk Asean dan Rusia membincangkan isu-isu strategik yang dapat mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Malaysia merupakan negara penyelaras bagi hubungan dialog Asean-Rusia sepanjang tahun 2012 sehingga 2015.

0 comments:

share2