Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 7, 2015

BUNUH SEBAB DIDESAK KAHWIN


Bunuh sebab didesak kahwin


Kuala Kubu Bharu - Seorang guru ditahan kerana disyaki menikam teman wanitanya hingga mati dipercayai akibat tekanan perasaan disebabkan oleh desakan mangsa yang mengajaknya berkahwin.

Mangsa yang juga seorang ibu tunggal berusia 34 tahun mati dibunuh di dalam kereta jenis Proton Wira miliknya di hadapan sekolah tempat guru itu mengajar di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan P Supramaniam berkata, mayat Nur Salina Nazir ditemui kira-kira jam 9 pagi dengan empat kesan tikaman di bahagian badan iaitu dada, rusuk dan lengan.

“Mayat mangsa ditinggalkan di dalam kereta di luar pagar sekolah berkenaan,” katanya.

Menurut Supramaniam, pihak polis bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata yang digunakan suspek di lokasi kejadian.

Namun kata beliau, daripada siasatan awal yang dijalankan, tangkapan telah dibuat oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di rumah suspek.

“Suspek merupakan seorang guru di sekolah terbabit dan dipercayai teman lelaki mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan juga mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada desakan mangsa yang mahu suspek mengahwininya.

"Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku membunuh mangsa. Tiada sebarang rekod jenayah yang mengaitkan suspek sebelum ini.

“Soal siasat secara terperinci ke atas suspek masih sedang dijalankan untuk mendapatkan senjata yang yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Mangsa yang mengendalikan perniagaan online meninggalkan empat anak berusia 7 hingga 14 tahun.

0 comments:

share2