Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 6, 2015

BENTONG: LURAH BILUT DILANDA RIBUT LAGI


Lurah Bilut dilanda ribut lagi


Tidak sampai sebulan dilanda ribut, penduduk kampung Felda Lurah Bilut sekali lagi panik apabila dilanda ujian musibah yang sama kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Ribut berserta hujan yang berlangsung hampir 30 minit itu telah mengakibatkan 10 keping atap rumah milik peneroka, Mohd Ali Abu Ramli diterbangkan angin.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Yip Seng Lam berkata, kejadian tersebut adalah kali kedua yang melanda kampung terbabit dalam tahun ini.

“Penduduk baru nak tarik nafas lega selepas kampung kami dilanda ribut pada 20 April lalu, kini berulang lagi... ribut yang lepas telah mengakibatkan lima rumah kedai dan tiga rumah peneroka terjejas.

"Walaupun, kejadian kali ini tidak seteruk dengan kejadian sebelum ini... ia tetap beri kesan kepada kami," katanya sambil memberitahu pintu gerbang yang merupakan mercu tanda kampung berkenaan turut terkena tempias.

"Kedudukan perkataan ‘Bilut’ pada pintu gerbang Felda Lurah Bilut senget dan sebahagian huruf yang lain pula hampir tercabut. Selain itu, papan iklan dan banting yang dipasang di simpang masuk Felda ini juga tercabut. Terdapat juga pokok tumbang.

“Walaupun masih terkejut dengan kejadian ini, kami tetap berasa lega kerana ribu kali ini hanya menjejaskan sebuah rumah peneroka jika nak dibandingkan dengan kejadian sebelum ni. Pihak JKKK akan berusaha mendapatkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa,” katanya.

Seng Lam berkata, kejadian ribut yang kerap melanda kampung terbabit kini berkemungkinan berpunca akibat pokok sawit yang ditebang untuk penanaman semula.

“Ketiadaan pokok sawit di ladang mungkin salah satu penyebab kerap berlaku angin ribut di sini... sebab ketiadaan pokok yang menghalang laluan ribut terbabit,” katanya.

0 comments:

share2