Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 19, 2015

[BENTONG] FESTIVAL MESRA BELIA NEGERI PAHANG 2015 MERIAH



Festival Mesra Belia Negeri Pahang 2015 telah tamat dengan jayanya. Kehadiran pengunjung dianggarkan 3000 lebih. Kehadiran Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin mengamatkan suasana. Para belia tidak melepaskan peluang untuk "berselfie" bersama beliau.

Festival Mesra Belia Negeri Pahang 2015 telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri DiRaja Hj Adnan bin Hj Yaakob.YAB Menteri Besar Pahang bersama YB Khairy Jamaluddin hadir dengan menaiki vespa bersama Kelab Vespa Bentong.

Kehadiran YAB Menteri Besar Pahang dan YB Khairy Jamaluddin disambut oleh tarian sewang oleh anak anak masyarakat Orang Asli, Tarian Gendang Sikh serta persembahan seni silat oleh Pertubuhan Seni Silat Gayung Makrifat Bentong.

YAB Menteri Besar Pahang dan YB Khairy Jamaluddin turut meluangkan masa melawat ruang pameran dan beramah mesra dengan para belia. Malah YAB Menteri Besar Pahang dan YB Khairy Jamaluddin turut bermain futsal.

Di dalam majlis yang sama, YB Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa pertubuhan belia akan dipimpin oleh belia sendiri dengan had umur tidak melebihi 30 tahun. Untuk tujuan ini, masa 3 tahun diberikan kepada semua persatuan belia untuk membuat persediaan. Ini supaya peralihan kepimpinan dapat dilakukan dengan lancar dan para belia dapat bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.








0 comments:

share2