Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 6, 2015

AMIRA CERIA JUMPA SITI NURHALIZA




Kuala Lumpur: Keluarga mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya DUKE terus menerima kunjungan pemimpin dan tokoh masyarakat yang bersimpati dan berduka dengan tragedi yang menimpa mereka. 

Berita kemalangan yang mengorbankan tiga anggota sekeluarga - Fairuz Nizam Husain, 35, dan isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta anak bongsu Nur Firuza Annisa, tujuh bulan, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lepas, menyentuh perasaan dan menarik perhatian banyak pihak. 

Gambar Nur Firuza Amira, 7, memeluk adiknya Nur Firuza Aqila, 4, serta klip video ratapan tangisnya selepas berita kehilangan ibu dan bapa serta adik itu, yang viral di laman sosial dan laporan berita meruntun jiwa mereka yang menontonnya. 

Pada Selasa, impian anak sulung mangsa nahas untuk bertemu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, yang tersebar di alam sosial termakbul apabila penyanyi tersohor negara itu hadir menziarahinya. 

Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, tiba di kediaman keluarga mangsa nahas di Taman Batu Muda, Batu Caves petang tadi jelas menceriakan dan mengubat luka kesedihan Nur Firuza Amira yang kehilangan kedua-dua ibu dan bapa serta adik bongsu dalam kemalangan berkenaan. 

Sejurus tiba, Amira terus tersenyum sambil menunjukkan jarinya ke arah Siti Nurhaliza. 

Penyanyi terkemuka itu lantas mendokongnya sambil menanyakan khabar kepada Amira. Siti Nurhaliza meluangkan masa lebih sejam bersama-sama kedua-dua zuriat mangsa kemalangan serta neneknya, Normah Toso, 65. 

Tanpa mendedahkan nilai sumbangan, Siti Nuhaliza berkata pihaknya akanmemberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak itu, untuk menanggung kos pendidikan mereka. 

Menurut Siti Nurhaliza, bantuan yang disalurkan itu akan menerusi badan amal yang dikendalikan Yayasan Nurjiwa, miliknya. 

"Saya dan suami akan membantu apa yang terdaya dan bantuan lebih kepada pembiayaan pendidikan mereka. Insya-Allah selagi ada rezeki, kami akan membantu mereka," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Zainal Abidin Jaffar turut hadir di kediaman rumah mangsa dengan menyampaikan wang bantuan kecemasan kepada keluarga mangsa berjumlah RM30,000. 

Zainal Abidin berkata di samping bantuan kecemasan, pihaknya juga akan turut menanggung perbelanjaan pendidikan kedua-dua anak itu, sehingga ke peringkat universiti. 

"Selain itu, kalau mereka sakit, kami juga akan tanggung kerana kedua-dua budak ini, termasuk dalam golongan asnaf," katanya. 

Sementara itu, abang sulung arwah Fairuz Nizam, Mohamad Yusni Husain, 49, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan dan pihak media yang mengambil berat akan nasib yang menimpa kedua-dua anak saudaranya. 

"Semalam, hampir 2,000 orang datang melawat kami dan ingin bertemu kedua-dua anak saudara saya. Saya rasa terharu," katanya.

0 comments:

share2