Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 14, 2015

63 KES KHALWAT DALAM 3 BULAN DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 13 Mei (Bernama) -- Sebanyak 63 kes tangkapan khalwat direkod di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Ngeri, Ghazali Taib.

Beliau berkata ia turut melibatkan 14 kes tangkapan membabitkan tujuh pasangan remaja yang melakukan perbuatan tidak sopan dan berpakaian menjolok mata.

"Sepanjang tahun lepas, 352 tangkapan khalwat dilakukan," katanya menjawab soalan Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata tangkapan adalah susulan penguatkuasaan peraturan di bawah Seksyen 34 dan 35, Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

"Kerajaan negeri akan terus memperluaskan penguatkuasaan enakmen ini dan pada masa yang sama terus memastikan rakyat memahaminya sebelum hukuman dikenakan," katanya.

Sementara itu bagi soalan Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) mengenai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata setakat ini terdapat 45 PDK dengan 45 penyelia dan 135 petugas di seluruh Terengganu.

"Kerajaan negeri boleh memohon kepada kerajaan pusat untuk mewujudkan sebuah PDK di sesebuah kawasan jika terdapat lebih 10 orang kurang upaya (OKU) di kawasan itu," katanya.




0 comments:

share2