Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 30, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : BIJAK MEMBUAT PILIHAN


Tok Awang ni antara yang tak berapa celik IT. Tulisan ini pun Tok Awang tulis atas kertas biasa menggunakan 'tinta' dan 'kalam'... cucu Tok Awang yang tuliskan didalam blog. Wasap-wasap ni lagi lah Tok Awang tak reti.

Tapi Tok Awang banyak mendengar disana-sini bahawa terlalu banyak maklumat palsu dan maklumat yang dipalsukan dimedia-media sosial ni. Cabaran dalam dunia IT dan tanpa sempadan ni sangat mencabar. Penggunanya mestilah jadi lebih peka dan cerdik dalam menapis berita-berita yang diterima.

Selidiki dulu dari mana sumbernya dan kesahihannya sebelum menyebarkannya kepada orang ramai. Jika tidak, kita akan jadi 'macai' penyebar fitnah... jadilah kita dikalangan orang-orang yang 'fasik' yang menyebar berita dusta. Berdosa kita jadinya.

Dalam PRK Rompin dan Permatang Pauh ni Tok dengan terlalu banyak fitnah yang dibawa. Ada yang kata Tun Mahathir akan datang ke Bukit Ibam untuk bersembang-sembang. Tapi setelah Tok selidik rupanya itu hanyalah berita palsu yang mungkin disebarkan oleh ejen pembangkang dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi yang pro BN Tun Mahathir dalam ceramah politik yang akan mereka adakan nanti untuk menggantikan Tun Mahathir yang sememangnya tidak akan hadir. Fitnah sudah jadi budaya dalam masyarakat kita tanpa mengira ideologi politiknya.

Dipentas-pentas ceramah pun kadang-kadang yang bergelar ustaz dan berserban pun tanpa rasa malu dan segan silu mencerca dan memaki hamun sesiapa saja yang bukan dari kalangan mereka. Atas nama parti yang kononnya perjuangkan Islam, mereka merasakan seolah-olah mendapat 'lesen' untuk mencerca dan memfitnah... malangnya ada antara kita yang juga turut percaya.

CEO Felda yang pecah amanah RM30 juta akhirnya berdiri diatas pentas ceramah Pas mengutuk Felda dimana tempat dia mencari makan dahulu. Beliau menuduh Felda alami kerugian yang menimbulkan kebimbangan kepada para peneroka namun dalam masa sama beliau lupa bahawa beliaulah antara sebabkan Felda alami kerugian kerana kehilangan RM30 juta yang di'songlap'nya.

Nasihat Tok Awang... kita mestilah selalu berjaga-jaga dan berhati-hati kerana memang ramai orang yang bukan sahaja membaling batu sembunyi tangan, bahkan membaling batu dan menuduh orang lain yang membalingnya.

Tok teringat bait-bait dalam sebuah puisi dari pemuisi tersohor dari Indonesia, kalau tak silap Tok..sutardji calzoum bachri.... yang berbunyi; '.. guru kencing berdiri... murid mengencingi guru..'

Tok nak ucapkan selamat mengundi kepada semua sedara mara Tok di Rompin.. di Kg Kedaik.. Kg. Aur.. Kg. Tebu Hitam.. dan semuanyalah. Pilihlah calon dan parti yang boleh dipercayai dan dapat membantu kita. Kerana ada yang datang tu hanya ketika pilihanraya... membawa fitnah dan segalanya...namun selepas pilihanraya mereka akan pulang ke tempat asal dan tinggallah kita dengan masalah yang mereka cipta dan bawa.

Pilihlah dan undilah Tok Hasan Arifin dan Barisan Nasional. Bijaklah membuat pilihan.


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2