Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 28, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ANAK MUDA JADI PENCACAI PAS PERLU SEDAR MEREKA DIPERALATKAN



Tok Awang ke Kuala Rompin semalam, nak menrasai suasana pilihanraya kecil Parlimen Rompin. Tapi tak lah meriah sangat rasanya. Bendera dan poster baru nak dipasang setelah beberapa hari 'perang' diumumkan.

Pendapat kawan-kawan yang seangkatan dengan Tok mengatakan bahawa 'kompom' calon BN akan menang atas beberapa sebab musabab. Antaranya adalah Pas sendiri kurang berminat bertanding untuk menang. Mereka bertanding hanya sebagai alasan untuk tidak memberi bantuan kepada PKR di Permatang Pauh.

Permatang Pauh juga kemungkinan besar akan berubah kepada BN kerana pengundi dah meluat dengan calon kroni yang dah bertanding disana dulu tetapi kemudiannya melepaskan jawatan untuk memberi peluang kepada 'suami peliwatnya' mengambil alih kerusi berkenaan.

Penduduk Permatang Pauh sudah sedar bahawa hasrat mereka untuk bergantung kepada wakil rakyatnya tidak akan kesampaian kerana perjuangan sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat tetap hanyalah sekadar perjuangan diri dan kroni semata-mata.

Calon PRK P091 nampaknya bukanlah pilihan tepat bagi Pas kerana ianya bukanlah lawan sebenar kepada calon BN. Sepatutnya Tuan Ibrahim yang jadi calon, namun Tuan Ibrahim tidak mahu bertanding dengan calon BN kerana ada sesuatu yang tidak dapat beliau lupakan, iaitu jasa dan budi calon berkenaan kepadanya suatu masa dahulu. Setidak-tidaknya, Tuan Ibrahim akan tetap diingat sebagai seorang yang mengenang budi.

Yang meriuhkan Rompin dalam PRK kali ini hanyalah orang luar, yang datangnya hanya untuk mengacau-bilaukan keadaan terutamanya di felda-felda, dan kemudiannya mereka akan pulang meninggalkan pengundi Rompin dengan masalah yang mereka cipta untuk diselesaikan oleh BN.

Demikianlah busuknya Pas, parti yang kononnya perjuangkan Islam namun hakikatnya memecahbelahkan perpaduan sesama Islam dan sesama Melayu.

Yang Tok Awang kesiankan adalah anak-anak muda yang tidak tahu sejarah masa lalu dan perjuangan UMNO, terpengaruh dengan hasutan Pas yang rela mengadaikan Islam dan segalanya demi mendapat sokongan rakyat bagi membantu DAP dan PKR.

Tok Awang harap, anak-anak muda yang jadi pencacai Pas akan sedar bahawa selama ini mereka hanyalah alat dan diperalatankan untuk mencapai cita-cita politik peribadi peliwat dan DAP untuk memerintah negara.



0 comments:

share2