Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 28, 2015

#PRKRompin : PERJUANGAN BN SEKARANG ADALAH UNTUK MASA DEPAN GENERASI MUDA

'Perjuangan BN masa kini adalah 
untuk generasi muda masa depan' - Dato' Hasan Arifin


Oleh Zainal Shamsudin


Kuala Rompin, 28.4.15 - Calon Rompin Datuk Hasan Arifin mahu generasi muda faham bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) sekarang adalah bagi menentukan masa depan mereka terjamin.

“Cuba bayangkan jika suasana politik berkecamuk, pembangunan tidak dikecapi rakyat dan negara huru hara. Bagaimana agaknya generasi muda akan menerima pentadbiran negara dari kita dalam keadaan huru hara itu.”

“Inilah yang sedang saya nak generasi muda sekarang betul betul faham betapa mereka perlu memilih BN kerana hanya BN sahaja mempunyai perancangan terbaik untuk generasi sekarang mewarisi negara dalam suasana harmoni,” kata Hasan.

Hasan ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Pemimpin bersama Rakyat di Rompin

Bercakap mengenai suasana kempen PRK yang tidak panas, Hasan berkata masyarakat di Rompin adalah komuniti perkampungan yang mempunyai etika baik. Pekerja BN menjalankan tugasan dengan berdisiplin sementara pembangkang juga tidak agresif. Poster atau kain rentang besar juga tidak kelihatan di Rompin.



Dato' Hasan mendengar luahan hati warga Rompin




0 comments:

share2