Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 19, 2015

TEMERLOH: BADAN KHAS BANTU PENIAGA MANGSA BANJIR



Badan khas bantu peniaga mangsa banjir

Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khusus yang menilai kerosakan harta benda peniaga seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menilai kerosakan rumah dilanda bencana banjir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, apabila berlaku banjir, tidak menjadi masalah kepada pemilik rumah kerana kerosakan mereka akan dinilai tetapi menjadi masalah kepada peniaga khususnya apabila restoran, kedai runcit mereka ditenggelami air banjir.

Menurutnya, akibat ketiadaan badan khusus untuk menilai kerosakan yang dialami peniaga, ada antara mereka yang berhadapan masalah untuk memulakan semula perniagaan yang dijalankan di bandar kecil, kampung dan sebagainya.

“MKN ada pegawai yang datang melihat kerosakan setiap rumah tetapi tidak ada pegawai yang datang memeriksa kerosakan dialami peniaga.

“Sebab itu kita perlu mempunyai satu badan khusus supaya nasib peniaga kecil ini terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kerja-kerja pembinaan rumah kepada mangsa banjir oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Buntut Pulau, di sini.

Mohd Sharkar berkata, JKR Temerloh menerima peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membina lapan rumah tersebut bagi menggantikan rumah mangsa yang ditenggelami banjir.

Beliau berkata, sehingga kini lima unit rumah terbabit sedang dibina dan dijangka siap awal bulan hadapan.
 

0 comments:

share2