Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 12, 2015

SETELAH LAPAN KALI MENCUBA, AKHIRNYA...


Setelah lapan kali mencuba, akhirnya...


Jeli - Cubaan suka-suka bagi mengisi masa lapang membawa tuah tersendiri kepada seorang suri rumah dari Kampung Bukit Kulat Besar, dekat sini, apabila diumumkan sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Bahkan, Wan Azizah Wan Ab Rahman, 34, pada mulanya seakan tidak percaya apabila dihubungi pengurusan Sinar Harian, Jumaat lalu, bagi memaklumkan dia terpilih sebagai pemenang bertuah peraduan itu.

Wan Azizah berkata, suaminya sendiri, Yushaizan Jusoh, 38, tidak yakin dia berpeluang menang apabila menyatakan hasrat untuk menyertai peraduan itu memandangkan jumlah penyertaan yang ramai.

“Saya tidak sangka akan dipilih sebagai pemenang selepas lapan kali menghantar borang peraduan ini kerana jumlah peserta pasti ramai dan niat asal hanya untuk suka-suka sambil isi masa lapang.

“Bila Sinar Harian hubungi saya untuk maklumkan perkara ini, saya mulanya tak percaya dan ingat ia hanya gurauan kerana sekarang banyak kes penipuan melalui telefon,” katanya.

Wan Azizah yang ditemani adiknya, Wan Norlaili, 26, dan rakan sekampung dari Tawang, Bachok, Norhamimi Ahmad ditemui selepas menerima hadiah wang tunai RM1,000 selaku pemenang, semalam.

Menurutnya, wang hadiah PR1M itu akan digunakan untuk perbelanjaan percutian selama dua hari tiga malam di Pulau Perhentian bersama suami, adik dan seorang rakan, Khamis ini.

“Kami buat perancangan untuk bercuti minggu lepas lagi dan kebetulan saya menang, jadi anggap ini sebagai rezeki ALLAH sempena percutian kami,” katanya yang berasal dari Tawang, Bachok.

0 comments:

share2