Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 26, 2015

[ROMPIN] #PRKRompin JANGAN AMBIL MUDAH PRK ROMPIN - HISHAMUDIN HUSSIEN

DS Hishamuddin menyemat pingat kepada veteran ATM


Oleh Zainal Shamsudin


Muadzam Shah, 26.3.15 - “Keutamaan jentera BN sekarang adalah memastikan pengundi Rompin dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada 5 Mei depan serta menjawab tohmahan parti pembangkang. Bukan membuang masa dengan perkara remeh temeh dalam parti sehingga boleh menghilangkan tumpuan untuk kemenangan BN ”.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat kritikan Tun Dr Mahathir terhadap pentadbiran sekarang tidak menjejaskan kepimpinan parti dan bukan isu dalam pilihanraya Rompin.

Menurut beliau Tun Mahathir juga pernah mengingatkan ahli UMNO semasa menjadi Perdana Menteri dulu supaya jangan mengkritik pemimpin sehingga menjejaskan kepimpinan parti.

Hishammuddin juga menasihati sukarelawan BN supaya jangan mengambil mudah dalam PRK Rompin kerana walaupun yakin dengan kemenangan pada 5 Mei depan. BN masih mahukan kemenangan majoriti besar seperti yang diperolehi Allahyarham Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Hishammuddin bercakap dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 75 bekas perajurit di Muadzam Shah. 





0 comments:

share2