Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 26, 2015

[ROMPIN] PENGHORMATAN KEPADA VETERAN ATM, SELESAIKAN MASALAH PERAJURIT


Hishamuddin bersama veteran ATM di Muadzam Shah



Oleh Zainal Shamsudin


Muadzam Shah, 26.4.15 - Penyelesaian untuk masalah bekas perajurit tidak memiliki rumah sendiri terus diberi keutamaan oleh Kementerian Pertahanan dalam perancangan masa depannya.

Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu elaun bekas perajurit yang cacat anggota ketika bertugas mempertahankan negara akan dinaikkan segara kerana memahami elaun yang ada sekarang terlalu kecil untuk menampung kehidupan harian mereka.

Sebagai Menteri Pertahanan, beliau mahu melihat bekas perajurit terus mendapat pembelaan dari kerajaan BN sebagai pengiktirafan mereka berjuang dan berkorban untuk negara ketika keamanan dan keselamatan negara diancam .

Antara penghormatan yang telah diberi kepada bekas perajurit adalah kenaikan pencen secara otomatik sebanyak 2 peratus setiap tahun dan melantik Presiden Persatuan Veteran ATM, Tan Sri Anuar Mohd Nor sebagai Senator Dewan Rakyat.

Perlantikan Tan Sri Anuar adalah bagi mempercepatkan pembelaan ke atas 370 ribu bekas perajurit yang berdaftar di seluruh negara.

Hishammuddin menyampaikan 75 Pingat Jasa Malaysia kepada bekas perajurit cawangan Muadzam Shah. 2 daripada penerima pingat cacat anggota ketika bertugas dalam ATM.

-           

Bergambar kenangan bersama veteran ATM



0 comments:

share2