Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 21, 2015

ROMPIN : NAZRI JADI TARUHAN PAS

Nazri Ahmad


Pas malam ini mengumumkan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad sebagai calon PRK Parlimen Rompin berdepan calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dalam ceramah umum yang diadakan di Bandar Satelit, Muadzam Shah, di sini yang turut dihadiri oleh ribuan penyokong parti Islam tersebut termasuk wakil-wakil parti komponen PR lain.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang itu merupakan anak peneroka Felda Keratong 5 dan mempunyai latar belakang pendidikan agama Ijazah Sarjanamuda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Berusia 40 tahun dan kali pertama bertanding pilihan raya, beliau adalah calon muda yang juga merupakan muka baharu yang tidak boleh dipandang rendah dengan pelbagai isu semasa yang melanda negara kini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.



0 comments:

share2