Bilamana kita tidak mengenang budi,bilamana kita tidak bersyukur..bilamana tiada lagi perasaan keinsafan dalam diri yang tinggal hanya lah sifat angkuh dan bongkak mendabik dada tanpa menyedari dimanakah asal kita.Inilah yang dapat dilabelkan bagi calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad yang diumumkan semalam.
Anak Kelahiran FELDA Keratong 5 ini yang membesar dan bersekolah di SK Keratong 4 ini kini sudah lupa asal usul.FELDA bukanlah lahir dari sebuah lampu ajaib yang di gosok oleh Aladin tapi adalah cetusan ilham mantan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Razak yang mahu melihat orang Melayu yang suatu ketika dahulu keluar dari kepompong kemiskinan.
Sebagai anak FELDA Nazri Ahmad adalah contoh lahirnya Si Tanggang Moden dari kawasan FELDA atau mungkin jua Si Malim Kundang yang sudah lupa segala yang dikecapi beliau dan keluarga di tanah rancangan FELDA.Kejayaan FELDA sebagai agensi memajukan tanah dan sosial ekonomi khususnya masayarakat Melayu tidak boleh disangkal oleh mana mana pihak.Namun PAS sebagai parti yang selesa sebagai parti yang mengadu domba masyarakat bijak mengambil peluang demi kepentingan politik.
Tidak cukup dengan itu anak kelahiran FELDA yang dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ini diberi peluang menjadi guru di sebuah lagi agensi kerajaan iaitu MARA melalui MRSM.
Di FELDA lahir dan membesar dengan pelbagai kemudahan yang diberikan..di MRSM mencari rezeki tetapi akhirnya memilih untuk menentang kerajaan yang selama ini memberi tanpa meminta apa apa balasan.Mengenang budi sudah memadai tetapi beginilah kesudahannya umpama bila melepaskan anjing yang tersepit..
apa punya post dah admin..
lge tu anak beranak lahir kat negara cina ke yg jadi pembangkang kurang ajar..
nuar berahim dtg dr seberang ke buat onar dalam negara....
So apa isunya di sini? Saya tak fhm..apa kena mengena asal-usul dia dgn Tanggang/Malin Kundang?